Panduan Ringkas Covid-19 dan Vaksin

Penulis telah sedaya upaya menyemaksilang maklumat yang diletakkan di dalam dokumen ini dengan sumber-sumber saintifik y

299 108 8MB

Malay Pages 23 Year 2021

Report DMCA / Copyright

DOWNLOAD PDF FILE

Table of contents :
PANDUAN RINGKAS COVID19 DAN VAKSIN
MAKLUMAT PENGGUNAAN DOKUMEN INI
MAKLUMAT PENGGUNAAN DOKUMEN INI
MAKLUMAT PENGGUNAAN DOKUMEN INI
APAKAH COVID19?
DOUBLE MASK
APA FUNGSI VAKSIN?
JENIS JENIS VAKSIN COVID19
BAGAIMANA VAKSIN UNTUK COVID19 BOLEH DIHASILKAN DENGAN CEPAT?
KENAPA DUA DOS?
KESAN SAMPINGAN VAKSIN
KESAN SAMPINGAN SERIUS
RISIKO DARAH BEKU
APA MANFAAT VAKSIN?
ADAKAH VAKSIN INI SESUAI UNTUK SAYA?
HAMIL, MERANCANG HAMIL ATAU MENYUSU
NAK MAKAN ‘PANADOL’ APA JIKA DEMAM SELEPAS VAKSIN?
VAKSIN ASTRAZENECA MURAH DAN TAK BERKUALITI?
BENARKAH ADA BABI DALAM VAKSIN?
JANIN DALAM VAKSIN?
FAQ Vaksinasi
MAKLUMAT PENGGUNAAN DOKUMEN INI
Recommend Papers

Panduan Ringkas Covid-19 dan Vaksin

  • Commentary
  • uploaded by misuki :-)
  • 0 0 0
  • Like this paper and download? You can publish your own PDF file online for free in a few minutes! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Fahmi Bin Hassan, Pharmacist B.Pharm (IIUM) M.Sc (Pharmacy) (UiTM) www.fahmihassan.net

PANDUAN RINGKAS COVID-19 DAN VAKSIN

@fahmibinhassan

MAKLUMAT PENGGUNAAN DOKUMEN INI HAK CIPTA TERPELIHARA

PANDUAN RINGKAS COVID-19 DAN VAKSIN © Fahmi Bin Hassan 2021 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian terbitan ini boleh diterbitkan semula atau ditukar dalam apa jua bentuk dengan apa cara jua sama ada elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Fahmi Bin Hassan . Diterbitkan oleh: www.fahmihassan.net

2

www.fahmihassan.net

@fahmibinhassan

May 2021

MAKLUMAT PENGGUNAAN DOKUMEN INI KANDUNGAN

1. Maklumat Penggunaan Dokumen Ini 2. Apakah COVID-19? 3. Double Mask 4. Pemilihan Hand Sanitizer 5. Apa Fungsi Vaksin 6. Jenis-jenis Vaksin COVID-19 7. Bagaimana Vaksin Untuk COVID-19 Boleh Dihasilkan Dengan Cepat? 8. Kenapa Dua Dos? 9. Kesan Sampingan Vaksin 10. Kesan Sampingan Serius 11. Risiko Darah Beku 12. Apa Manfaat Vaksin? 13. Adakah Vaksin Ini Sesuai Untuk Saya? 14. Hamil, Merancang Hamil atau Menyusu 15. Nak Makan ’Panadol’ Apa Jika Demam Selepas Vaksin? 16. Vaksin AstraZeneca Murah dan Tak Berkualiti? 17. Benarkah Ada Babi Dalam Vaksin? 18. Janin Dalam Vaksin 19. FAQ Vaksinasi

3

www.fahmihassan.net

@fahmibinhassan

May 2021

MAKLUMAT PENGGUNAAN DOKUMEN INI • Penulis telah sedaya upaya menyemaksilang maklumat yang diletakkan di dalam dokumen ini dengan sumber-sumber saintifik yang sah.

• Maklumat dalam dokumen ini adalah maklumat umum dan bukan pengganti kepada konsultansi dan pemeriksaan. Dapatkan rawatan dan pemeriksaan dari doktor jika anda tidak sihat dan mempunyai kerisauan berkaitan kesihatan. • Sentiasa patuh kepada arahan rasmi dari pihak berwajib jika ia bertentangan dengan apa-apa maklumat dari dokumen ini. • Jika terdapat kesilapan maklumat atau komen berkaitan fakta di dalam dokumen ini, sila emel kepada [email protected].

• Kandungan di dalam dokumen ini boleh disebarkan, disalin semula, dan diolah dengan syarat ia bukan dengan tujuan mendatangkan keuntungan. • Layari www.fahmihassan.net atau twitter.com/fahmibinhassan untuk maklumat lanjut mengenai penulis.

4 www.fahmihassan.net

@fahmibinhassan

May 2021

APAKAH COVID19? • Penyakit “Coronavirus Disease 2019” akibat jangkitan dari virus “SARS-CoV 2”. • Pada awalnya didapati menjangkiti melalui titisan air (droplets) yang disebarkan melalui sentuhan, pernafasan, bersin, batuk dll. • Terdapat bukti terkini yang menyokong teori yang virus ini boleh tersebar melalui udara (airborne).

• Sangat mudah tersebar dan boleh membawa maut. • Kini wujud pelbagai varian virus baru yang lebih berbahaya.

5 www.fahmihassan.net

@fahmibinhassan

May 2021

DOUBLE MASK • Pemakaian pelitup muka berganda dicadangkan untuk meningkatkan perlindungan dari virus memasuki saluran pernafasan.

• Gunakan 1 pelitup muka pakai-buang di bahagian dalam, dan 1 pelitup muka fabrik di bahagian luar. • Tak perlu 2 lapisan penutup muka jika anda menggunakan pelitup muka jenis N-95 (Gambar diambil dari laman web CDC)

6 www.fahmihassan.net

@fahmibinhassan

May 2021

PEMILIHAN HAND SANITISER • Penggunaan hand sanitiser hanyalah digalakkan apabila ketiadaan sabun dan air.

• Mencuci tangan menggunakan sabun dan air dengan sempurna sekurang-kurangnya dalam tempoh 20 saat adalah lebih berkesan membunuh virus dan bakteria berbanding hand sanitiser. • Hand sanitiser berasaskan alkohol dengan kepekatan 65% atau lebih adalah digalakkan.

• Keberkesanan membunuh bakteria dan virus menurun pada kepekatan rendah.

7 www.fahmihassan.net

@fahmibinhassan

May 2021

APA FUNGSI VAKSIN? • Vaksin adalah satu cara pencegahan penyakit yang berfungsi dengan merangsang sistem imuniti badan untuk melindungi diri dari jangkitan penyakit. • Virus yang dilemahkan atau dimatikan/komponen virus akan diproses dan disuntik ke dalam badan. • Bahan ini akan merangsang badan untuk menghasilkan antibodi.

• Apabila jangkitan sebenar berlaku, badan akan bersedia untuk melawan jangkitan.

8 www.fahmihassan.net

@fahmibinhassan

May 2021

JENIS JENIS VAKSIN COVID-19 • Setakat 31 Mei 2021, terdapat 3 jenis vaksin untuk pencegahan COVID-19 digunakan di Malaysia. • Vaksin-vaksin ini telah melalui proses pendaftaran oleh NPRA bagi memastikan keselamatan dan keberkesanannya.

• Oleh itu, tiada isu untuk mendapatkan mana mana vaksin yang ditawarkan melalui program imunisasi.

• Banyak lagi vaksin-vaksin yang akan didaftarkan bagi memenuhi keperluan semasa.

PFIZER

S I N OVAC

A S T RA Z E N E CA

Jenama

Comirnaty

CoronaVac

Vaxzevria, Covishield

Teknologi

mRNA

Virus tidak aktif

Vektor virus

Dos

2 dos, sela masa 21 hari

2 dos, sela masa 21 hari

2 dos, sela masa 4 – 12 minggu

9 www.fahmihassan.net

@fahmibinhassan

May 2021

BAGAIMANA VAKSIN UNTUK COVID-19 BOLEH DIHASILKAN DENGAN CEPAT? 1. COVID-19 datang dari keluarga yang sama dengan mers dan sars. Kita telah mengkaji virus ini lebih 10 tahun malah pernah ada percubaan menghasilkan vaksin untuk ini. Ilmu tersebut memendekkan masa kajian berbanding jika mula dengan sifar. 2. Memandangkan ia pandemik yang memberi impak seluruh dunia, semua pihak, kerajaan dan swasta sanggup menyumbang puluhan bilion ke atas penghasilan vaksin. Berbanding penyakit lain, hanya segilintir yang sanggup melaburkan duit dalam usaha seperti ini. 3. Terdapat kolaborasi seluruh dunia dari segi ilmu, teknologi dan kepakaran. Malah kebanyakan jurnaljurnal antarabangsa mengecualikan bayaran untuk ahli sains membaca kertas kajian berkaitan COVID-19. Secara tidak langsung ia membantu dalam pemecutan ilmu dalam topik ini.

10 www.fahmihassan.net

@fahmibinhassan

May 2021

KENAPA DUA DOS?

Dos pertama vaksin akan menyediakan badan untuk menghasilkan antibodi.

2.

Dos kedua akan meningkatkan kuantiti antibodi dan memanjangkan tempoh perlindungan.

3.

Sela masa di antara dua dos vaksin adalah ditetapkan oleh pengilang berdasarkan kajian mereka.

4.

Setakat ini, setiap orang hanya boleh dapat dua dos vaksin yang sama.





1.

Kajian sedang dijalankan ke atas keselamatan dan keberkesanan menggunakan dua dos dari jenis vaksin berbeza.









5.





www.fahmihassan.net

@fahmibinhassan











11 May 2021

KESAN SAMPINGAN

VAKSIN

• Sakit di tempat suntikan • Keletihan • Demam

• Sakit badan • Batuk

• Sakit tekak • Cirit-birit

• Sakit kepala Majoriti kesan sampingan adalah ringan. Ia akan hilang sendiri atau boleh dirawat dengan mengambil ubatan seperti paracetamol.

12 www.fahmihassan.net

@fahmibinhassan

May 2021

KESAN SAMPINGAN SERIUS

1.

2.

Alahan teruk selepas suntikan (anaphylaxis) • Berlaku dalam 2-5 insiden bagi setiap 1 juta suntikan • Reaksi dalam 5-30 minit selepas suntikan • Boleh dirawat serta merta

• • •



Darah beku (Blood clots) Berlaku dalam 4-21 insiden bagi setiap 1 juta suntikan Boleh berlaku dalam tempoh 30 hari selepas suntikan Simptom:• Sakit kepala yang terlalu teruk • Masalah penglihatan • Kaki sakit dan bengkak • Loya dan muntah teruk • Kesukaran bernafas • Tompokan merah di bawah permukaan kulit Boleh dirawat

www.fahmihassan.net

@fahmibinhassan

13 May 2021

RISIKO DARAH BEKU

14 www.fahmihassan.net

@fahmibinhassan

May 2021

APA MANFAAT VAKSIN? • 70% - 90% berkesan dalam menghalang sebarang komplikasi berkaitan COVID-19. • Hampir 100% berkesan dalam menghalang komplikasi serius berkaitan COVID-19. • 75% - 90% berkesan mengelakkan kemasukan hospital akibat COVID-19. • Hampir 100% berkesan mengelakkan kematian berkaitan covid COVID-19. • 70% - 80% keberkesanan mengelakkan jangkitan COVID-19. • 50% keberkesanan mengelakkan menjangkiti orang lain dengan COVID-19. • Sumber: https://www.medrxiv.org/content/10.1101/2021.05.20 .21257461v1

15 www.fahmihassan.net

@fahmibinhassan

May 2021

ADAKAH VAKSIN INI SESUAI UNTUK SAYA?

• Semua orang berumur 18 tahun dan ke atas disarankan untuk mengambil vaksin COVID-19 termasuklah mereka yang berpenyakit kronik. • Sekiranya mempunyai sebarang penyakit berkaitan imuniti, masalah pembekuan darah, dan sejarah alahan teruk, dapatkan pemeriksaan dan pengesahan “pre vaccination assessment” dari mana mana doktor terlebih dahulu. • Anda tidak dibenarkan untuk mengambil vaksin sekiranya mempunyai sejarah alahan serius dengan mana mana kandungan dalam vaksin yang diberi.

www.fahmihassan.net

@fahmibinhassan

16

May 2021

HAMIL, MERANCANG HAMIL ATAU MENYUSU

1. Jika sedang hamil, boleh disuntik dengan vaksin keluaran Pfizer semasa kandungan berusia 14 - 33 minggu.

2. Pada umur kandungan yang lain, tidak disyorkan untuk divaksin dengan mana-mana vaksin. 3. Ibu menyusu sesuai untuk divaksin dengan vaksin keluaran P zer dan Astrazeneca. Tidak disyorkan untuk vaksin jenis lain setakat ini.



4. Jika merancang untuk hamil, boleh menerima suntikan vaksin. Dapatkan penjelasan di pusat pemberian vaksin atau daripada mana-mana doktor/ahli farmasi.



17















fi

5. Maklumat ini hanyalah berbentuk saranan berdasarkan bukti semasa. Semua keputusan adalah bersifat individu dan perlu dibincang bersama semasa konsultansi.

@fahmibinhassan



www.fahmihassan.net

May 2021

NAK MAKAN ‘PANADOL’ APA JIKA DEMAM SELEPAS VAKSIN? • Sebenarnya, panadol hanya jenama. Bahan aktif dalam panadol adalah paracetamol.

• Paracetamol inilah yang berfungsi untuk mengurangkan suhu bila demam, dan mengurangkan rasa sakit-sakit badan. • Jenama “Panadol” sendiri ada banyak jenis sediaan. Majoritinya hanya berbeza dari sudut formulasi.

• Contohnya Actifast diformulasi untuk diserap dengan pantas. Panadol Optizorb pula direka supaya tidak memberi rasa tak selesa dalam perut. • Untuk orang dewasa, dos maksimum paracetamol adalah 1000mg, 4 kali sehari.

• Hati hati jika ambil Panadol Extend untuk Muscle Pain. Dosnya sekitar 650mg setiap tablet. Maksimum 2 tablet, 3 kali sehari.

• Jadi, ambil lah mana mana jenis pun jika anda demam atau sakit badan setelah suntikan. • Ikut dos yang betul. Tak kisah jenama atau jenis.

18 www.fahmihassan.net

@fahmibinhassan

May 2021

VAKSIN ASTRAZENECA MURAH DAN TAK BERKUALITI? • Ada orang tak nak vaksin dengan Astrazeneca sebab ia vaksin murah. Nak tahu kenapa harganya murah? 1. Ia tak memerlukan kawalan suhu yang rumit seperti vaksin Pfizer. Proses penghantaran, simpanan, lebih nudah dan kurang kos berkali ganda. 2. Proses penghasilan vaksin astrazeneca banyak menggunakan dana awam. Ia hasil kerjasama dengan Oxford University. 3. Pihak Astrazeneca berjanji untuk tidak mengaut keuntungan dari vaksin ini sepanjang tempoh pandemic. • Murah bukan bermaksud tak berkualiti. Vaksin yang telah diluluskan oleh NPRA adalah yang dijamin kualiti, keselamatan dan keberkesanannya. • Vaksin apa yang paling bagus? VAKSIN YANG DITAWARKAN KEPADA ANDA

19 www.fahmihassan.net

@fahmibinhassan

May 2021

BENARKAH ADA BABI DALAM VAKSIN? • Penghasilan ubatan ni bukan macam masakan. Buka buku resepi, letak bahan aktif, letak pelarut, letak babi secukup rasa, siap ubat. Bukan! Bukan!

• Dalam ubat/vaksin biasanya ada 2 kandungan utama. Bahan aktif dan ‘excipients’. • Penghasilan bahan aktif adalah satu proses yang kompleks. Kebiasaannya, jika terdapat unsur haiwan, ia digunakan sebagai pemangkin dalam penghasilan bahan aktif.

• Contoh, bagi sesetengah vaksin, ada yang guna unsur babi sebagai tapak semaian dalam membiak sel. • Sel ini kemudiannya akan digunakan untuk penghasilan bahan aktif/membiak virus. Virus itu pula kemudian akan diproses. Hasilnya baru digunakan untuk menghasilkan vaksin. • Sebab itu dalam kebanyakan fatwa antarabangsa, penggunaan unsur begini dihalalkan kerana proses istihalah dianggap telah berlaku. Tiada langsung unsur babi dalam produk akhir. Tetapi jangan risau, vaksin-vaksin covid dan program imunisasi kebangsaan bebas dari unsur ini.

www.fahmihassan.net

@fahmibinhassan



20 May 2021

JANIN DALAM VAKSIN? • Kebiasannya, isu ini adalah berkaitan penggunaan sel MRC-5 dalam pembuatan vaksin. • MRC-5 cells sememangnya dihasilkan pertama kali dari janin yang digugurkan 50 tahun yang lalu.

• Selepas itu, ia dihasilkan semula di makmal-makmal. • Tiada lagi janin digunakan untuk proses ini. Sel ini menjadi tempat untuk pembiakan virus.

• Virus ini kemudiannya akan diasingkan dan “purified” sebelum digunakan untuk proses menghasilkan vaksin. • MRC-5 cells boleh dianggap hanya sebagai tapak semaian untuk virus.

• Tiada MRC-5 cells yang terkandung di dalam mana mana vaksin!

21 www.fahmihassan.net

@fahmibinhassan

May 2021

FAQ Vaksinasi 1.

Perlukah makan panadol 11. sebelum suntikan? TAK PERLU

Boleh bersenam lepas vaksin? BOLEH (jika rasa sihat)

2.

Pernah dapat covid berapa lama baru boleh suntik? SEBAIKNYA SELEPAS 3 BULAN

12.

Perlu pantang makanan pedas atau lain-lain? TIDAK PERLU

13.

Saya ada asthma. Boleh vaksin? BOLEH (melainkan tak terkawal. Penilaian di PPV)

3.

Ada darah tinggi kencing manis boleh suntik? BOLEH 14. (penilaian di PPV/Dr merawat)

Saya dah terambil panadol sebelum suntikan. Boleh suntik? BOLEH (tak perlu ambil tapi jika dah ambil tak mengapa)

4.

Ada sejarah alahan ubat/makanan boleh suntik? BOLEH (penilaian di PPV)

5.

Arahan kuarantin akibat kontak rapat boleh datang? TIDAK BOLEH (akan dijadualkan semula)

6.

Ada ubat pencair darah boleh 16. suntik? BOLEH (penilaian di PPV/Dr merawat)

Boleh derma darah selepas vaksin?) BOLEH (7 hari selepas suntikan/tiada kesan samping)

7.

Tak demam lepas vaksin 17. normal atau tidak? NORMAL

8.

Berapa ml suntikan akan 18. diberi? BERBEZA IKUT VAKSIN (boleh tanya jurusuntik untuk pengesahan)

Boleh ‘bersama’ dengan suami isteri selepas suntikan? BOLEH

9.

Dah vaksin perlu asingkan diri tak? TAK PERLU (patuh sop 19. dan PKP macam sebelum vaksin)

10.

Berapa lama perlu tunggu untuk makan panadol? BILA MULA RASA SAKIT ATAU DEMAM

15.

20.

Penyakit jantung, pembedahan dan lain lain boleh? BOLEH (penilaian di PPV/Dr merawat)

Boleh mandi selepas suntikan? Takut kena air. BOLEH (letak pek ais di tempat suntikan juga boleh) Boleh makan vitamin/ supplements sebelum atau selepas suntikan? BOLEH Kalau tak tahu positif covid masa dapat vaksin macam mana? Bahaya ke? TIDAK BAHAYA 22

www.fahmihassan.net

@fahmibinhassan

May 2021

MAKLUMAT PENGGUNAAN DOKUMEN INI

www.whitecoat.com.my 23